Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Instagram Memperkenalkan Ciri Perkongsian Kandungan Baru Dinamakan “Guide”

Instagram kini dilihat telah menambah satu lagi Ciri Perkongsian baru pada aplikasi mereka, dinamakan “Guides”. Melaluinya, pengguna boleh berkongsi kisah atau jalan cerita atau perkongsian bergambar bersama sedikit penulisan – terus pada platform tersebut.

Kini, apabila anda ingin melakukan perkongsian, anda boleh memilih untuk mencipta “Guide”.  Seterusnya, anda boleh memilih tiga format berbeza – iaitu untuk perkongsian memfokuskan lokasi, produk atau hanya perkongsian umum berdasarkan gambar yang pernah anda kongsikan.

Dengan ciri Ini Juga, anda boleh kumpulkan pelbagai perkongsian anda – menambah kisah disebaliknya, dan berkongsi dengan rakan-rakan dan pengikut lain.

Bersama-sama dengan pengenalan ini juga, sebuah ikon “Guide” ditambah pada profil pengguna selepas melakukan perkongsian melalui ciri baru ini.

Bagi anda yang aktif menggunakan Instagram, sudahkah anda menerima ciri baharu ini?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Instagram Memperkenalkan Ciri Perkongsian Kandungan Baru Dinamakan “Guide”

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×