Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengguna Samsung Dengan One UI 3.0 Mula Menerima Kemaskini Sekuriti Disember – Kemaskini Terpantas Setakat Ini?

Peranti mercu Samsung akan Menerima Kemas Kini selama tiga tahun seakan Pixel atau OnePlus. Sejak kebelakangan ini juga, peranti mercu Samsung menerima kemas kini yang agak pantas dan tidak seperti zaman S10 dan sebelumnya.

Membuktikan Samsung boleh memberi kemas kini sepanjang tiga tahun adalah dengan mengedarkan kemas kini lebih pantas dari biasa. Lebih-lebih lagi kemaskini tampalan sekuriti bulanan. Baru dua minggu sahaja bulan November tiba, tetapi peranti Samsung dengan One UI 3.0 telah menerima kemas kini tampalan sekuriti Disember 2020 lebih awal dari Pixel atau OnePlus. Kemas kini ini dilihat hadir pada Galaxy S+ sahaja buat masa ini.

Tetapi agak tidak adil jika ini adalah strategi Samsung. Ujian beta One UI 3.0 yang berasaskan Android 11 hanya terhad kepada beberaoa buah negara sahaja. Pengguna di negara lain seperti di Malaysia sendiri, masih lagi dengan One UI 2.5 Android 10. Sudah banyak peranti dengan Android 11, tetapi masih ramai pengguna masih tersangkut dengan sistem operasi yang sudah lebih setahun usianya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pengguna Samsung Dengan One UI 3.0 Mula Menerima Kemaskini Sekuriti Disember – Kemaskini Terpantas Setakat Ini?

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×