Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cip Exynos 1080 Dilancarkan – Dilengkapi CPU Cortex-A78 Dan Sokongan Kamera 200MP

Cip Exynos 1080 akhirnya dilancarkan secara rasmi oleh Samsung di China hari ini. Ia adalah cip kelas pertengahan yang dihasilkan menerusi teknologi 5nm seperti yang digunakan pada Kirin 9000 dan Apple A14 Bionic.

Perbezaannya ialah Eynos 1080 ialah sebuah cip kelas pertengahan yang menggantikan Exynos 980 yang dilancarkan tahun lalu. Exynos 1080 dilengkapi satu teras Cortex-A78, tiga teras Cortex-A77 dan empat teras Cortex-A55. Sementara itu GPU yang digunakan pula ialah Mali-G78 MP10.

Ia menyokong kamera utama sehingga 200MP atau dwi-kamera 32+32 MP. Kemampuan rakaman video pula ialah sehingga 4K 60p dengan sokongan HDR10+. Prestasi kecerdasan buatan juga dipertingkatkan dengan NPU yang mempunyai kemampuan 5.7 TOPS.

Sokongan5G hadir untuk sub 6GHz dan juga mmWave. Akhir sekali skrin dengan kadar segera 144Hz FHD+ boleh digunakan ataupun 90Hz pada resolusi WQHD+.

Samsung mengesahkan Vivo akan menjadi pengeluar pertama Cip Exynos 980 dengan kebarangkalian ia adalah peranti Vivo X60 yang akan dilancarkan kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Cip Exynos 1080 Dilancarkan – Dilengkapi CPU Cortex-A78 Dan Sokongan Kamera 200MP

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×