Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Semua Peranti Made By Google Kini Menggunakan Bahan Kitar Semula

Google adalah diantara syarikat teknologi terbesar di dunia yang berjanji untuk mengurangkan penggunaan plastik, bahan mentah dan jejak karbon sifar menjelang 2030.

Diantara janji mereka juga ialah untuk menggunakan bahan yang dikitar semula didalam peranti dan juga bungkusan peranti mereka menjelang 2022 kelak, dan nampaknya janji tersebut telah ditepati lebih awal daripada yang dijangkakan.

Menurut David Bourne, arkitek sistem kelestarian di Google, kesemua peranti Made By Google, seperti Google Pixel, Pixelbook, Google Home, Nest dan sebagainya kini hadir dengan komponen-komponen yang diperbuat daripada bahan yang dikitar semula.

Ini bukan bermaksud bahawa peranti-peranti ini menggunakan Bahan Kitar Semula 100 peratus, tetapi setiap peranti Made By Google yang dikilangkkan ada menggunakan bahan tersebut didalamnya.

Dalam pada itu, Google turut mengatakan bahawa menjelang 2025, 50 peratus daripada plastik yang digunakan pada peranti mereka akan menggunakan plastik yang dikitar semula, dan kotak peranti tersebut tidak lagi akan menggunakan plastik, dan akan ditukar dengan bahan kitar semula secara 100 peratus.

Bukan itu sahaja, menjelang tahun tersebut, Google akan cuba untuk memastikan bahawa semua bahan buangan daripada pembuatan peranti-peranti mereka tidak akan memasuki tapak pelupusan, dan akan digunakan semula untuk peranti-peranti lain pula.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Semua Peranti Made By Google Kini Menggunakan Bahan Kitar Semula

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×