Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Dan Netflix Pernah Berbincang Untuk Mendapatkan Hak Penstriman Filem James Bond Terbaru

No Time To Die merupakan Filem James Bond akan datang yang sepatutnya ditayangkan pada tahun ini. Tetapi, disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan, filem berkenaan telah ditangguhkan tayangan kepada bulan November, dan kini ditangguhkan lagi ke tahun 2021 kelak.

Dengan penangguhan beberapa kali, ia dilihat studio disebalik filem berkenaan, MGM kini turut sedang dilaporkan berbincang dengan beberapa perkhidmatan penstriman untuk menstrim filem berkenaan secara eksklusif.

Ia dikatakan MGM telah menerima bidaan daripada Apple, Netflix dan juga beberapa filem lain. Namun, MGM sedang melihat kepada angka yang sangat tinggi untuk filem berkenaan – mencapai sekitar $600 juta, yang mana boleh Dikatakan Agak Tinggi untuk perkhidmatan penstriman video.

Walaupun Apple dan Netflix menghabiskan duit yang tinggi untuk mendapatkan rancangan secara eksklusif, angka mencapai $600 juta untuk hanya satu filem boleh dikatakan agak tinggi. Apatah lagi, perkhidmatan penstriman masih perlu mengira pulangan, dan adakah ia berbaloi untuk angka berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada filem James Bond akan datang ini bakal ditayangkan di pawagam, atau akan beralih ke perkhidmatan penstriman sekiranya penularan wabak Covid-19 masih tidak dapat dibendung.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Dan Netflix Pernah Berbincang Untuk Mendapatkan Hak Penstriman Filem James Bond Terbaru

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×