Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Netflix Tidak Lagi Menawarkan Akaun Percubaan 30 Hari Untuk Pengguna Baru

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman popular dikalangan ramai Pengguna seluruh dunia. Melaluinya, pengguna boleh menonton pelbagai filem, siri-TV, dokumentari dan anime pada harga langganan bulanan serendah RM17 sebulan.

Sebelum ini, dalam usaha memberikan pengguna mencuba perkhidmatan terlebih dahulu, Netflix sering menawarkan pendaftaran akaun percubaan selama 30 hari tanpa sebarang bayaran. Ia sekaligus memudahkan pengguna mencubanya, dan memilih untuk meneruskan langganan atau sebaliknya.

Apa pun, kini hal berkenaan dilihat telah berubah. Netflix kini tidak lagi menawarkan akses percuma selama 30 hari untuk pengguna baharu, sebaliknya mengubah konsep sedikit dan menawarkan diskaun 50% untuk 2 bulan pertama.

Walaupun pengiraan akhir pada penghujung bulan kedua adalah lebih kurang sama, tetapi kaedah ini adalah sedikit berbeza, dan mungkin tidak disukai beberapa pengguna yang ingin mencubanya terlebih dahulu.

Untuk makluman, Netflix sedia menawarkan sebuah halaman khusus untuk anda menonton filem dan siri-TV mereka secara percuma. Ia tidak memerlukan sebarang pendaftaran, dan anda boleh menontonnya terus – dan sekiranya berpuas hati, mendaftar akaun Netflix.

Mungkin juga Netflix mengambil langkah ini kerana terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menjual akses Netflix melalui kaedah pendaftaran akaun percuma 30 hari – dan langkah ini mungkin mengekang perkara berkenaan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Netflix Tidak Lagi Menawarkan Akaun Percubaan 30 Hari Untuk Pengguna Baru

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×