Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Memperkenalkan Inisiatif Untuk Menyemak Sekuriti Peranti Android Dari Pengeluar Lain, Dan Maklumkan Pengguna

Dalam usaha untuk terus menambah-baik sekuriti pada Peranti Android, terkini Google telah hadir dengan sebuah inisiatif untuk menyemak peranti berkaitan dengan kerentanan sekuriti, dan memaklumkannya kepada umum.

Dinamakan sebagai Android Partner Vulnerability Initiative (APVI), sepasukan di Google akan melakukan semakan pada pelbagai peranti yang dikeluarkan pengeluar-pengeluar Android, dan memaklumkan masalah sekuriti yang ditemui kepada umum.

Dengan langkah ini, ia akan memastikan aplikasi yang hadir terbina pada peranti yang dikeluarkan pengeluar ketiga seperti Samsung, Huawei, Oppo dan sebagainya lebih terjaga, dan mengelak sebarang masalah ketirisan data berlaku.

Melalui halaman yang telah pun aktif, Google telah mula menyenaraikan sejumlah masalah yang hadir pada peranti rakan kerjasama mereka, termasuk antaranya adalah Huawei, Oppo, Vivo, ZTE dan Meizu.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Memperkenalkan Inisiatif Untuk Menyemak Sekuriti Peranti Android Dari Pengeluar Lain, Dan Maklumkan Pengguna

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×