Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Realme Akan Melancarkan Telefon Pertama Dengan Pengecasan 125W

Teknologi Pengecasan adipantas 125W telah diperlihatkan oleh Realme dan Oppo tahun ini. Menerusinya bateri sebesar 4000 mAh dapat dicas ke tahap 33% dalam masa hanya 3 minit sekaligus menjadikannya pengecas terpantas pernah dihasilkan untuk telefon pintar.

Penantian untuk peranti Pertama dengan pengecasan ini akan berakhir kelak. Ketua pegawai eksekutif Realme,Madhav Sheth  telah menghantar ciapan di atas yang memberikan petunjuk pelancaran produk pertama akan berlaku dalam masa terdekat.

Berdasarkan tagar yang disertakan ia mungkin sebuah model Realme 7. Setakat ini kesemua peranti siri Realme 7 yang telah dilancarkan tidak menyokong pengecasan 125W UltraDart Fast Charging.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Realme Akan Melancarkan Telefon Pertama Dengan Pengecasan 125W

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×