Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Pay Singapura Diintegrasikan Dengan PayNow – Memudahkan Pembayaran Nirtunai

Google Pay Adalah Sistem Pembayaran dari Google, yang mana pengguna boleh integrasikan kad-kad debit atau kredit mereka dan membuat pembayaran di Play Store, kedai-kedai yang menyokongnya, beri rakan pinjam dan banyak lagi. Google Pay masih terhad lagi penggunaannya, contohnya di Malaysia ia tidak boleh digunakan walaupun sudah diumumkan pada tahun lepas dengan kerjasama iPay88.

Terkini, Google Pay dengan integrasi PayNow telah diperkenal di Singapura. Ia adalah sistem pembayaran kod QR seakan DuitNow. Ia adalah kerjasama dengan bank OCBC, DBS Paylah! dan Standard Chartered Bank.

Google Pay dan PayNow Singapura ini dibina khusus untuk memudahkan pengguna membayar di kedai-kedai atau membayar hutang rakan. Singapura juga merupakan negara pertama yang menerima Google Pay dengan sokongan membuat kumpulan, mengurus kewangan, membahagi bayaran bil atau juga berkongsi perbelanjaan dalam satu aplikasi sahaja.

Seperti kebanyakan aplikasi kewangan atau dompet digital, Google Pay serba baharu ini turut boleh menempah makanan atau penghantaran makanan. Selain itu, Google turut mengintegrasi beberapa pawagam untuk memudahkan pembelian tiket seperti Golden Village dan Shaw Theatres. Google Pay ini turut memberi ganjaran pulangan tunai seperti Boost, tetapi apa yang Google buat adalah seakan gores dan menang.

Disebabkan Android 11 sudah memperkenalkan Google Pay yang terus terbina pada sistem, tidak terkejut jika ciri ini diperkenalkan di Singapura. Tetapi semua ciri yang diperkenalkan di negara ini adalah baru dan menarik.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Pay Singapura Diintegrasikan Dengan PayNow – Memudahkan Pembayaran Nirtunai

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×