Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Mi Electric Shaver S500 Dan 10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential Kini Di Malaysia

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran dua lagi aksesori dibawah ekosistem mereka – iaitu Mi Electric Shaver S500 dan juga 10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential.

Mi Electric Shaver S500 adalah sebuah pisau Cukur Elektrik Nirwayar yang hadir dengan  rekaan tiga bilah pisau, serta menyokong kalis air IPX7 untuk penggunaan secara kering mahupun  basah. Pisau cukur elektrik nirwayar ini menggunakan pengecasan berasaskan USB-C, dan turut dilengkapi sebuah skrin LED pada bahagian hadapan untuk memperlihatkan status dan sebagainya.

10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential pula merupakan pengecas mudah-alih yang turut menyokong pengecasan nirwayar berasaskan Qi. Ia juga menawarkan perlindungan FOD pintar untuk mengelak kehilangan kuasa apabila pengecas ini menyentuh kunci atau duit syiling. Ia turut boleh digunakan untuk mengecas dua peranti secara serentak pada sesuatu masa.

Mi Electric Shaver S500 ditawarkan di Malaysia pada harga RM169, sementara 10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential pula ditawarkan pada harga RM109 sebuah.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Mi Electric Shaver S500 Dan 10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential Kini Di Malaysia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×