Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Galaxy Z Flip 5G Berwarna Mystic White Diperlihatkan

Samsung Galaxy Z Flip 5G adalah peranti dengan skrin boleh lipat Samsung dengan rekaan clamshell. Ia adalah model kedua selepas Z Flip, yang mana dikemaskini dengan Snapdragon 865+. Sayang sekali peranti ini tidak dijual di Malaysia secara rasmi. Semasa pelancaran, peranti ini turut memfokuskan kepada warna Mystic Bronze – iaitu warna yang sama untuk beberapa produk baru Samsung yang lain termasuk Buds Live dan Note20.

Terkini, Samsung dilihat turut akan menawarkan warna baharu – iaitu Mystic White pula. Warna ini dilihat ditawarkan di pasaran Korea Selatan sahaja dan secara berperingkat akan ditawarkan di negara lain. Agak pelik kenapa namanya adalah warna Mystic White sedangkan ia hanyalah warna putih biasa sahaja. Berdasarkan imej yang dikongsi oleh sumber, ia menggunakan kemasan berkilat dan bukannya pusam.

Memori dan storan akan kekal 8/256 GB, kamera 12+12 MP serta kamera swafoto 10MP. Harga jualan dikatakan sama sahaja, mengikut pasaran yang menjual peranti ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Galaxy Z Flip 5G Berwarna Mystic White Diperlihatkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×