Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Chrome Untuk iOS Kini Membolehkan Anda Menetapkan Ia Sebagai Pelayar Utama Di iPhone Dan iPad

Google Chrome kini telah memperkenalkan kemaskini terbaru untuk aplikasi Pelayar Web di iOS mereka, sekaligus menyertakan salah satu ciri yang dinantikan ramai sekian lama – menjadikannya sebagai Pelayar Web Utama di iPhone atau iPad.

Sehingga kini, Apple hanya membenarkan pelayar web Safari diaktifkan Sebagai Pelayar Web utama. Tetapi, melalui iOS14, Apple menawarkan kemudahan untuk pelayar web lain turut diaktifkan sebagai pelayar web utama pada peranti mudah-alih pengguna.

Sekiranya anda menggunakan iOS14 yang terbaru, anda boleh membuka aplikasi “Settings”, memilih Google Chrome, dan menetapkannya sebagai “Default Browser App”.

Dengan menetapkan Chrome sebagai pelayar web utama, apabila anda menekan sebarang pautan URL pada mana-mana aplikasi, ia akan membukanya menggunakan Google Chrome.

Buat masa ini, iOS14 masih ditawarkan dalam bentuk beta, dan versi stabil dijangka ditawarkan dalam masa sebulan dua ini.

Muat-Turun Google Chrome untuk iOS



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Chrome Untuk iOS Kini Membolehkan Anda Menetapkan Ia Sebagai Pelayar Utama Di iPhone Dan iPad

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×