Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penstriman Langsung Menggunakan Media Sosial Di Indonesia Mungkin Akan Memerlukan Lesen

Antara isu terhangat di Malaysia tahun ini ialah kemungkinan penstriman menggunakan platform Media Sosial memerlukan lesen kerana klausa Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244). Pengguna media sosial panik sehingga memaksa Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan kenyataan rasmi menidakkan ini akan dikuatkuasakan. Tetapi di Indonesia perkara yang serupa mungkin akan berlaku kerana interpretasi undang-undang penyiaran sedia ada tidak digubal semula.

RCTI dan iNews TV memohon semakan penghakiman Undang-Undang 32 Tahun 2002 penyiaran negara tersebut. Terdapat klausa yang menyatakan penyiaran menggunakan medium Internet memerlukan lesen dari Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo). Semakan perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekeliruan di kalangan syarikat penyiaran Indonesia.

Sekirnaya undang-undang 32 tidak disemak, ini bermakna rakyat Indonesia memerlukan lesen untuk menggunakan menerbitkan kandungan di YouTube, Instgram, Facebook dan pelbagai platform media sosial yang lain. Seperti yang berlaku di Malaysia, kebarangkalian ini berlaku menimbulkan kemarahan warga Indonesia memandangkan ia pasti menyusahkan serta mengehadkan siapa yang layak menerbitkan kandungan menggunakan media atas talian.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Penstriman Langsung Menggunakan Media Sosial Di Indonesia Mungkin Akan Memerlukan Lesen

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×