Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Siri Huawei MateBook B Diperkenalkan – Komputer Riba Memfokuskan Kepada Pengguna Profesional

Huawei kini hadir dengan pilihan komputer riba yang memfokuskan untuk tujuan perniagaan yang terbaru menerusi pengenalan siri Huawei Matebook B. Terdapat tiga jenis model berbeza yang diperkenalkan di bawah siri ini iaitu Huawei MateBook B5-420, Huawei MateBook B3-510 dan Huawei MateBook B3-410.

Huawei MateBook B5-420

Komputer riba ini dilengkapi paparan 14-inci IPS LCD dengan skrin resolusi 2K. Ia turut didatangkan dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90% dan sokongan ciri tambahan seperti sokongan untuk gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 300nits.

Huawei Matebook B dikuasakan piihan cip pemproses Intel Core i5-10210U atau i7-10510U. Ia turut hadir dengan versi gabungan GPU NVIDIA MX350. Untuk memori pula, ia hadir dengan dengan sokongan 8GB / 16GB PDDR3 RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD. Spesifikasi lain termasuklah bateri 56Whr, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.0.

Untuk pilihan I/O, ia dilengkapi 1 x USB-A 3.0, 1 x USB-A 2.0, 1 x USB-C port, 1 x DP port, 1 x HDMI port dan bicu audio 3.5mm. Ketersediaan dan harga untuk Huawei MateBook B5-420 adalah seperti berikut :

  • i5 / 8GB / 512GB – RMB 6,999 (~RM4,225)
  • i5 / 8GB / 512GB / MX350 – RMB 7,699 (~RM4,647)
  • i7 / 16GB / 512GB – RMB 8,699 (~RM5,250)

Huawei MateBook B3-510 & MateBook B3-410

Huawei MateBook B3-510

Kedua-dua model ini membawakan spesifikasi dalaman yang hampir sama. Namun, perbezaan utama terletak pada saiz, berat dan kapasiti bateri peranti. MateBook B3-510 mempunyai paparan bersaiz 15.6-inci dengan berat sekitar 1.53 kg dan bateri sebesar 56Whr. Manakala, MateBook B3-410 pula dimuatkan dengan paparan berukuran 14-inci dengan berat sekitar 1.38 kg dan bateri 42Whr.

Huawei MateBook B3-410

Untuk spesifikasi dalaman, kedua-duanya menggunakan pilihan cip pemproses Intel Core i5-10210U atau i7-10510U dan digabungkan dengan cip grafik dalaman Intel UHD 620. Untuk sokongan memori, MateBook B3-510 dan MateBook B3-410 dibekalkan dengan 8GB DDR4 RAM dan storan sehingga 512GB PCIe NVMe SSD. Ketersediaan dan harga untuk MateBook B3-510 & MateBook B3-410 adalah seperti berikut :

  • MateBook B3-510
    • i5 / 8GB / 256GB – RMB 5,499 (~RM3,319)
    • i7/8GB/256GB – RMB 6,699 (~RM4,044)
  • MateBook B3-410
    • i5 / 8GB / 256GB – RMB 5,499 (~RM3,319)
    • i5 / 8GB / 512GB – RMB 5,799 (RM3,500)
    • i7/ 8GB / 512GB – RMB 6,999 (~RM4,225)


This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Siri Huawei MateBook B Diperkenalkan – Komputer Riba Memfokuskan Kepada Pengguna Profesional

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×