Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Touch n Go Dan EZ-Link Mengumumkan Kerjasama Kad Bayaran Tol Dwi-Matawang

Touch n Go dan EZ-Link, dua syarikat pembayaran nirsentuh dari Malaysia dan Singapura baru-baru ini mengumumkan kad pembayaran nirsentuh Touch n Go x EZ-Link yang mengandungi dua dompet digital yang boleh menyimpan dua matawang sekaligus.

Kerjasama ini pernah diumumkan sebelum ini oleh kedua-dua syarikat, dan hari ini merupakan hari pertama ia mula dijual di kedai atas-talian Lazada Singapura pada harga $7 (~RM21) tanpa sebarang kredit didalamnya. Ia kemudiannya akan dijual di kedai 7-11 di Singapura pada harga $10 (~RM30) dengan kredit $3 (~RM9).

Menurut EZ-Link, kad Ini Boleh Digunakan untuk membayar tol ERP (Electronic Road Pricing), tol pusat pemeriksaan dan beberapa kawasan Tempat Letak Kereta yang menyokong penggunaan EZ-Link.

Untuk Malaysia pula, Kad Ini Boleh digunakan untuk membayar tol, pengangkutan awam seperti bas dan keretapi, dan juga tempat letak kereta yang menyokong pembayaran menggunakan Touch n Go.

Kedua-dua matawang ini boleh ditambahkan di Malaysia dan Singapura di lokasi-lokasi penambahan kredit sedia ada. Sayangnya buat masa ini, kad ini hanya boleh dibeli melalui pasaran Singapura sahaja.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Touch n Go Dan EZ-Link Mengumumkan Kerjasama Kad Bayaran Tol Dwi-Matawang

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×