Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kerentanan Pelayan Menyebabkan Instagram Menyimpan Data Yang Telah Dipadamkan Pengguna

Apabila anda memadamkan data daripada peranti ataupun perkhidmatan atas talian, anda semestinya akan menjangkakan bahawa maklumat Tersebut akan dipadamkan walaupun daripada simpanan mesin pelayan mana-mana perkhidmatan.

Baru-baru ini, ia Telah dilaporkan bahawa untuk para pengguna Instagram, maklumat yang dipadamkan oleh pengguna, tidak kira gambar ataupun mesej peribadi, data tersebut masih akan disimpan oleh mesin pelayan perkhidmatan tersebut.

Penyelidik keselamatan Saugat Pokharel telah menemui isu ini beberapa bulan yang lalu, dimana beliau menggunakan ciri Download Your Information, dan mendapati bahawa Instagram turut menghantarnya maklumat yang sepatutnya telah dipadam lebih dari satu tahun yang lalu.

Pihak Instagram mengesahkan bahawa isu tersebut kerentanan, dan ia sudahpun diperbaiki pada bulan lepas. Saugat Pokharel, yang memberitahu Instagram tentang kerentanan tersebut terlebih dahulu, dan beliau telah menerima habuan $6000 (~RM24,000) untuk maklumat tersebut.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kerentanan Pelayan Menyebabkan Instagram Menyimpan Data Yang Telah Dipadamkan Pengguna

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×