Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

“Bedtime Mode” Kini Tiba Untuk Semua Peranti Android – Mod Tidur Yang Sama Ada Pada iOS

Semasa Pixel 3 dan Pixel 3 XL dilancarkan, Google turut mengumumkan Pixel Stand – yang mana adalah untuk mengecas dua peranti ini secara nirwayar. Pixel Stand pada ketika itu, boleh mengaktifkan Ambient Mode bagi Google Assistant untuk memaparkan notifikasi, jadual, peringatan, penggera atau juga menjadikannya sebagai album digital. Paling menarik, ia boleh berfungsi seakan paparan pintar Nest Hub dan turut mempunyai fungsi membantu pengguna tidur dan bangun tidur yang membolehkan peranti memainkan audio yang menenangkan dan skrin semakin cerah apabila penggera berbunyi.

Selepas itu, Google membawakan Ambient Mode Google Assistant ini kepada hampir semua peranti Android dan tidak lagi eksklusif kepada Pixel dan Pixel Stand. Terkini, Google mengembangkan lagi sokongan Bedtime ini kepada semua peranti Android melalui aplikasi Clock mereka. Mod ini terbina pada tab dalam aplikasi Clock dari Google. Melalui fungsi ini pengguna boleh menetapkan penggera, memilih sama ada untuk mengaktifkan Sunrise Alarm yang akan mencerahkan skrin dari malap sehingga 100% tahap cerah, atau juga selarikan dengan Routine pada Google Assistant.

Pengguna turut boleh menetapkan waktu untuk tidur. Melalui kemampuan ini, peranti akan memberi notifkasi yang waktu tidur telah tiba. Pengguna boleh memilih berapa jam untuk tidur dan terus aktifkan mod Bedtime yang diselarikan dengan Digital Wellbeing. Bagi yang tidak tahu, fungsi ini telah lama ada dalam iOS pada iPhone dan turut terbina dalam aplikasi jam. Hanya baru-baru ini ia tiba ke peranti Android.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

“Bedtime Mode” Kini Tiba Untuk Semua Peranti Android – Mod Tidur Yang Sama Ada Pada iOS

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×