Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Mempatenkan Telefon Dengan Fon Telinga Nirwayar Terbina

Rungutan paling kerap kami dengar mengenai penggunaan Fon Telinga nirwayar ialah putik audio yang kerap hilang atau TWS tertinggal di rumah apabila ingin digunakan. Menerusi paten yang baru difailkan oleh Xiaomi, isu ini akan diselesaikan dengan menyertakan terus sepasang fon telinga ke dalam tubuh peranti,

 Paten rekaan yang diterbitkan pada 24 Julai yang lalu oleh WIPO meletakkan dua fon telinga bersaiz kecil pada bahagian atas telefon pintar. Apabila diperlukan ia cuma perlu ditarik keluar. Rekaan fon telinga juga agak unik dengan bahagian atas kepal berputar 90 darjah sebelum boleh digunakan.

Idea mengintegrasikan fon telinga terus pada tubuh peranti bukanlah idea baru bagi Xiaomi. Sebelum ini mereka mempatenkan kerangka telefon pintar dengan tempat simpanan merangkap pod pengecas fon telinga terbina. Rekaan ini Kurang Praktikal Kerana mewujudkan bonggol yang agak besar pada panel belakang.

Pada hemat kami rekaan terkini ini juga masih kurang praktikal kerana fon telinga yang digunakan bersaiz terlalu kecil. Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna produk akan dipasarkan dalam masa terdekat.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Mempatenkan Telefon Dengan Fon Telinga Nirwayar Terbina

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×