Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Vivo Y51s 5G Dilancarkan Dengan Sokongan Cip Exynos 880 Dan Rangkaian 5G

Ketika ini, kita dapat lihat pelbagai Peranti dengan sokongan rangkaian 5G mula membanjiri pasaran peranti pintar. Tidak semata terhad pada harga yang mahal, sebaliknya kita juga boleh memiliki peranti dengan sokongan sebegini pada harga mampu milik.

Vivo juga dilihat memperluaskan lagi penawaran peranti di bawah segmen ini dengan memperkenalkan Vivo Y51s di China, hari ini. Peranti ini membawakan skrin berukuran 6.53-inci LCD FHD+ dengan rekaan paparan berlubang untuk kamera hadapan sebesar 8-Megapixel (f/2.05).

Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi pemproses Exynos 880, memori 6GB RAM (LPDDR4X) dan storan 128GB (UFS2.1). Melengkapi peranti, bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W menerusi port MikroUSB dan tersedia dalam tiga kemasan warna seperti hitam, putih serta biru.

Ia juga disertakan tiga lensa utama 48-Megapixel (f/1.79) (utama) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro). Kamera utama ini menyokong keupayaan sehingga 10X Zoom digital dan rakaman video tertinggi 4K. Vivo Y51s 5G ditawarkan pada harga RMB1798 (~RM1092).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Vivo Y51s 5G Dilancarkan Dengan Sokongan Cip Exynos 880 Dan Rangkaian 5G

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×