Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OnePlus Nord Kini Rasmi – Dijana Snapdragon 765G, Dwi-Kamera Hadapan

Jenama OnePlus semakin hari semakin popular melalui peranti mercu mereka. Beberapa tahun lepas, mereka ada peranti kelas pertengahan dinamakan OnePlus X. Selepas beberapa tahun tiada penawaran baru, kini OnePlus mencuba nasib sekali lagi dengan penawaran OnePlus Nord.

Selepas mengacah beberapa kali sebelum ini, kini OnePlus Nord telah pun dilancarkan secara rasminya.

Ia menggunakan skrin 6.44-inci OLED 90Hz, dijana Snapdragon 765G dan dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Kamera adalah 48MP (utama) + 8MP (sudut ultra lebar) + 5MP (sensor kedalaman) + 2MP (makro) dan kamera swafoto adalah 32+2 Megapixel. Seperti telefon OnePlus sebelum ini, ia turut dilengkapi dengan OxygenOS berasaskan Android 10.

Bateri pula adalah 4115mAh dan menyokong Warp Charge 30T sebagai sistem pengecasan pantas, sistem sekuriti cap jari bawah skrin, sokongan rangkaian 5G dan dua pilihan warna – Blue Marble, dan Grey Onyx. Peranti ini dilancarkan secara eksklusif di Malaysia, India dan Eropah.

Buat masa ini, harga jualan OnePlus Nord untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

OnePlus Nord Kini Rasmi – Dijana Snapdragon 765G, Dwi-Kamera Hadapan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×