Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Video Acah Galaxy Z Flip 5G Tertiris

Samsung Galaxy Z Flip adalah sebah telefon pintar yang berinovasi, iaitu menggunakan skrin sesentuh kaca yang boleh dilipat. Ia juga merupakan sebuah peranti mercu, mempunyai pengalaman penggunaan yang seronok, skrin yang cantik dan mampat dengan ciri dan fungsi. Sayang sekali, Peranti Ini dilancarkan pada Tahun Ini Dan menggunakan cip Snapdragon 855.

Samsung bakal hadir dengan penggantinya pada tahun Ini Dan dijangka dilancarkan bersama-sama dengan Galaxy Note 20 pada Ogos kelak. Peranti ini sudah disahkan akan dijana Snapdragon 865+, iaitu cip paling berkuasa untuk tahun ini dan turut mempunyai sokongan 5G. Disebabkan itu, Samsung memanggil peranti ini sebagai Galaxy Z Flip 5G. Terkini, video acah bagi peranti ini tertiris dan memperlihatkan rekaan yang sangat sama dan tiada beza langsung. Ini adalah sama dengan peranti-peranti mereka sebelum ini, seperti Galaxy S10+ dan kemudian Galaxy S10+ 5G – yang mana rekaan semuanya sama kecuali dalaman.

Selain daripada cip Snapdragon 865+, RAM, storan, kamera, dikatakan adalah sama sahaja dengan Z Flip sebelum ini. Tetapi dimensi peranti ini dikatakan sedikit berbeza, iaitu 0.5mm lebih tebal dan 0.1mm lebih tinggi. Mungkin bateri, mungkin kerana cip pemproses. Butiran lanjut hanya akan tahu selepas pelancarannya pada Ogos kelak, sama-sama kita nantikan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Video Acah Galaxy Z Flip 5G Tertiris

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×