Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

IQOO Memperkenalkan Teknologi FlashCharge 120W – Mengecas Penuh Dalam Hanya 15 Minit

Kalau perasan, para pengeluar kini dilihat berlumba-lumba untuk menghasilkan teknologi Pengecasan Pantas yang lebih baik. Oppo baru sahaja mengesahkan bakal hadir dengan pengecasan pantas 125W tidak lama lagi.

Kini, IQOO pula dikatakan telah memperkenalkan pengecasan pantas, FlashCharge 120W dalam sebuah acara pelancaran di China, sebentar tadi. Teknologi ini dikatakan berupaya mengecas bateri berkapasiti 4,000mAh dari 0% hingga 50% dalam hanya 5 minit. Manakala, proses untuk pengecasan penuh sehingga 100% pula hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

Difahamkan, pengecasan pantas ini akan tersedia bermula bulan Ogos kelak dan IQOO masih berteka-teki mengenai peranti pertama yang akan dilengkapi dengan teknologi. Nampaknya semakin hari semakin banyak penawaran pengecasan pantas yang boleh kita lihat.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

IQOO Memperkenalkan Teknologi FlashCharge 120W – Mengecas Penuh Dalam Hanya 15 Minit

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×