Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jepun Menggunakan Robot Untuk Bersorak Di Stadium

Disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, pelbagai negara telah mengimplementasi kehidupan norma baharu, selain memerlukan penjarakkan sosial untuk mengekang penularan wabak berkenaan. Selari dengannya juga, para peminat tidak lagi boleh ke stadium untuk bersorak bagi pasukan kegemaran mereka, sehingga suatu tempoh masa.

Di Jepun sendiri, mereka menggunakan kaedah unik dalam terus memberikan sorakan kepada pasukan pilihan mereka – dan memastikan para pemain terus menerima semangat ketika bermain menentang pasukan lawan.

Jepun menggunakan Robot dalam bersorak, sekaligus memastikan stadium terus ceria ketika sesuatu perlawanan berlangsung.

Ketika perlawanan besbol Fukuoka Softbank Hawks menentang Rakuten Eagles, sejumlah robot digunakan untuk bersorak – terdiri daripada robot Spot dari Boston Dynamics dan juga robot Pepper dari Softbank sendiri.

Dengan kaedah baru ini, adakah kita akan melihat lebih banyak stadium seluruh dunia Menggunakan Robot dalam mengekalkan keceriaan dan kemeriahan dalam stadium.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Jepun Menggunakan Robot Untuk Bersorak Di Stadium

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×