Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

SKMM Kompaun Syarikat Telekomunikasi Malaysia Sebanyak RM4.6 Juta Kerana Tidak Patuh Piawaian Kualiti Perkhidmatan

Setiap suku tahun, pihak SKMM dilihat seperti memantau kepatuhan piawahan perkhidmatan telekomunikasi, dan mengeluarkan kompaun terhadap syarikat telekomunikasi sekiranya gagal patuh piawaian kualiti perkhidmatan.

Terbaru, setakat suku kedua 2020, SKMM kini mengumumkan mereka telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM4.6 juta kepada syarikat telekomunikasi kerana ketidakpatuhan piawan mandatori yang telah ditetapkan untuk kualiti perkhidmatan.

SKMM mengatakan kompaun yang dikeluarkan ini meliputi kesalahan seperti Prestasi Penyelesaian Aduan pengebilan, prestasi penyelesaian aduan bukan pengebilan, dan standard prestasi pengendalian panggilan.

SKMM turut menekankan yang mana kompaun setakat suku ke-2 tahun 2020 ini sahaja adalah lebih tinggi daripada jumlah keseluruhan kompaun sepanjang 2019 yang lepas. Hal ini dikatakan sekaligus memperlihatkan ketegasan dan komitmen SKMM dalam terus memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna terjamin.

Melalui kompaun yang telah dikeluarkan setakat suku ke-2, 2020 ini, syarikat telekomunikasi Digi dikenakan kompaun sebanyak RM1.55 juta, Maxis sebanyak RM1.4 juta, Celcom sebanyak RM1.2 juta, Time sebanyak RM250,000, dan Telekom Malaysia sebanyak RM200,000.

Seperti biasa, SKMM menyarankan syarikat telekomunikasi agar meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi kepentingan para pengguna, selain meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan mereka.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

SKMM Kompaun Syarikat Telekomunikasi Malaysia Sebanyak RM4.6 Juta Kerana Tidak Patuh Piawaian Kualiti Perkhidmatan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×