Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi XVV Smart Panoramic Camera Mampu Merakam Pada Kesemua Arah Tanpa Titik Buta

Bagi yang tidak tahu, Xiaomi turut terkenal dengan produk-produk sekuriti seperti tombol pintu pintar, loceng pintu dengan kamera terbina, sistem penggera dan kamera litar tertutup. Kesemua produk sekuriti Xiaomi ini turut tersedia dalam ekosistem Mi Home atau Mijia dan ada juga versi global yang menyokong Apple HomeKit dan Google Home. 

Terkini, mereka telah melancarkan kamera XVV Smart Panoramic Camera. Melalui kamera ini, Xiaomi menjanjikan kemampuan rakaman pada kesemua arah tanpa titik buta. Berbeza dengan kebanyakan kamera lain yang lensanya mempunyai mekanisme yang boleh bergerak untuk melihat pada pelbagai arah – kamera ini menggunakan lensa sudut ultra lebar dan digabungkan dengan perisian – ia mampu membuat rakaman panaromik dan rakaman 360 darjah. Untuk rakaman menyeluruh, ia hanya berfungsi jika dipasang pada siling – jika dipasang pada dinding rakaman akan terhad pada 180 darjah sahaja.

Lensa yang digunakan adalah 2MP FHD, mempunyai sensor infra merah untuk rakaman waktu malam, dan juga menyokong pelbagai mod rakaman seperti mod panorama/sudut ultra lebar/penguraian panorama/dan banyak lagi mod berbeza. Kamera ini turut menyokong fungsi interkom melalui mikrofon dan pembesar suara pada kamera ini. Misalnya anda lupa matikan seterika di rumah, rasa tidak sedap hati – gunakan interkom dan seru rakan-rakan di rumah untuk minta bantuan. Akhir sekali, kamera ini menggunakan pengkodan rakaman H.265, WiFi 2.4GHz dan mampu menyokong kad microSD 128GB.

Seperti biasa, kamera ini akan terhad untuk jualan di China terlebih dahulu dan ia dijual pada harga RMB 169 (~RM102).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi XVV Smart Panoramic Camera Mampu Merakam Pada Kesemua Arah Tanpa Titik Buta

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×