Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tentera UK Menguji Helmet Tempur Dengan Kamera Terbina

Di dalam filem Aliens, anggota marin angkasa lepas kolonial dilengkapi Helmet Tempur yang mempunyai kamera video terbina. Menerusi kamera ini, pegawai atasan di markas dapat melihat aktiviti mereka pada masa nyata. Selepas 34 tahun filem ini ditayangkan di pawagam, anggota marin United Kingdom akhirnya menguji sistem helmet tempur yang sama.

Ujian dilakukan oleh unit Royal Marines 40 Commando dan Advanced Force Operations. Dengan Penggunaan Kamera, situasi ketika menjalankan operasi dapat dipantau oleh pegawai atasan di markas dan turut dilihat oleh anggota yang lain di lapangan menggunakan telefon pintar. Fiksyen sains filem James Cameron sekali lagi menjadi kenyataan di dunia sebenar.

Penggunaan kamera dan peranti pintar adalah antara program yang dijalankan untuk memodenkan anggota tentera U.K. Awal minggu ini Kementerian Pertahanan U.K mengumumkan pembentukan rejimen siber pertama mereka untuk menentang musuh atas talian. Mungkin selepas ini radar yang mengesan kedudukan musuh dan rangka luaran gergasi yang boleh menentang makhluk asing pula boleh dibangunkan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Tentera UK Menguji Helmet Tempur Dengan Kamera Terbina

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×