Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tentera Amerika Syarikat Menguji SMASH 2000 – Aimbot Untuk Dunia Sebenar

Kami akui semasa masih muda beliau dahulu kerap mengelat dalam permainan Counter Strike dengan menggunakan perisian aimbot. Musuh dapat ditembak dengan tepat sepanjang masa walaupun kami sebenarnya tidak mempunyai kepakaran sebenar. Bot yang memudahkan proses menembak ini sebenarnya telahpun wujud di dunia sebenar menerusi sistem SMASH 2000 dan ia kini sedang diuji oleh tentera Amerika Syarikat.

SMASH 2000 dibangunkan oleh firma Smart Shooter Ltd. yang berpangkalan di Israel. Ia adalah skop untuk raifal yang memerlukan anggota tentera memilih sasaran yang ingin ditembak. Selepas pilihan dilakukan, mereka hanya perlu menarik picu apabila bersedia untuk menembak. Tetapi raifal akan hanya menembak selepas sistem SMASH 2000 melakukan perkiraan dan mengesahkan bidikan yang tepat dilakukan.

Tentera Amerika Syarikat telah menguji SMASH 2000 sejak Mac 2019 untuk digunakan oleh tentera mereka yang beroperasi di Syria. Ujian dilakukan bagi membuktikan keberkesanan sistem membidik dan menembak automatik ini di dalam situasi sebenar.

Sistem ini dibangunkan untuk kegunaan tentera Israel bagi memastikan anggota infantri dapat menembak dengan tepat sepanjang masa. Faktor tekanan ketika diserang dan anggota yang penat selepas bertugas sepanjang hari menyumbang kepada tembakan mereka yang tidak tepat ke sasaran.

Ia turut hadir dengan mod menambak dron di udara yang bergerak dengan pantas. Menerusi mod ini dron boleh ditembak jatuh dari udara dengan tepat dari jarak 400 kaki menggunakan raifal sahaja. Dron kecil digunakan oleh Hamas sebagai bom untuk menyerang tentera Israel yang menakluk tanah Palestin.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Tentera Amerika Syarikat Menguji SMASH 2000 – Aimbot Untuk Dunia Sebenar

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×