Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kemaskini Aplikasi Zoom Ke Versi Terkini Untuk Kekal Menggunakannya Selepas 30 Mei 2020

Zoom merupakan salah satu perkhidmatan telesidang dan panggilan video yang popular. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan, penggunaannya meningkat secara drastik, sekaligus membawa kepada ramai mempersoalkan berkaitan Sekuriti Dan sebagainya.

Pihak Zoom telah pun menyatakan bakal menambah-baik penawaran mereka, dan telah pun memperkenalkan Zoom 5.0 baru-baru ini dengan sejumlah penambah-baikkan, terutamanya dari segi sekuriti.

Kini, berkongsi lanjut mengenainya, pihak Zoom mengatakan pengguna perlu Menggunakan Versi terbaru Zoom, iaitu Zoom 5.0 dan terkini untuk kekal menggunakan perkhidmatan telesidang berkenaan. Sekiranya menggunakan versi lama, mereka tidak lagi boleh menyertai panggilan telesidang selepas 30 Mei ini.

Langkah penawaran kemaskini aplikasi terbaru ini adalah dalam usaha membolehkan anda menikmati panggilan dengan penyulitan baru, sekaligus menawarkan sokongan sekuriti dan privasi lebih baik.

Bagi anda yang menggunakan Zoom, boleh mengemaskini perisian dan aplikasi anda hari ini, dan kekal lebih selamat menggunakannya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kemaskini Aplikasi Zoom Ke Versi Terkini Untuk Kekal Menggunakannya Selepas 30 Mei 2020

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×