Oppo kini telah hadir dengan satu lagi telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Reno, iaitu Oppo Reno 3. Ia hadir dengan cip pemprosesan MediaTek, menyertakan sokongan kamera belakang 64-megapixel, selain dwi-kamera untuk swafoto dengan sensor utama 44-megapixel. DI Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM2399.