Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Chromecast Ultra Generasi Kedua Bakal Dilancarkan Dengan Alat Kawalan Jauh

Chromecast Ultra dilancarkan pada tahun 2016 dengan kemampuan memaparkan kandungan pada resolusi 4K. Ia kini sudah agak berusia dan ramai menantikan kemunculan versi baharu yang memberikan lebih banyak fungsi menarik. Menurut laporan MySmartPrice, Chromecast Ultra generasi kedua kini sedia untuk dilancarkan lengkap dengan Alat Kawalan jauhnya yang tersendiri.

Alat Kawalan Jauh dan Chromecast Ultra baharu ini telah melepasi laman pensijilan di Taiwan menandakan pelancarannya sudah semakin hampir. Rekaan sisi alat kawalan jauh ini juga telah tertiris. Selain butang kawalan seperti TV biasa, ia turut mempunyai mikrofon yang membolehkan arahan suara menerusi Google Assistant dilakukan.

Pasti ada yang terasa pelik mengapa secara tiba-tiba Chromecast Ultra mempunyai alat kawalan jauh. Sebabnya ialah kali ini ia dilaporkan akan hadir dengan Android TV secara terbina. Alat kawalan jauh membolehkan kawalan dilakukan secara lebih konvensional dan tidak hanya menerusi telefon pintar. Ura-ura mengatakan pada asalnya pelancaran akan dilakukan di Google I/O tetapi dengan ia telah dibatalkan tarikh baharu kini menjadi misteri.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Chromecast Ultra Generasi Kedua Bakal Dilancarkan Dengan Alat Kawalan Jauh

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×