Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Siri OnePlus 8 Menerima Kemaskini Pertama Walaupun Masih Belum Dijual

Siri Oneplus 8 adalah peranti mercu baharu dari OnePlus. Untuk OnePlus 8 Pro, akhirnya OnePlus menjadi peranti mercu sebenar yang ramai nantikan. Seperti mempunyai IP68, pengecasan nirwayar dan skrin 120Hz. Peranti ini buat masa ini, hanya dijual di China sahaja. Jualan pasaran global hanya akan bermula pada minggu hadapan.

Terkini, Kemaskini pertama sudah pun diedarkan. Dukacitanya, tampalan sekuriti ini masih lagi versi Mac 2020. Untuk OnePlus 8, Oxygen OS yang diedarkan adalah versi 10.5.1 (Eropah) dan 10.5.3 (Global). Manakala, OnePlus 8 Pro pula adalah Oxygen OS 10.5.2 (Eropah) dan 10.5.4 (Global). Kemaskini ini turut membawakan integrasi Bullets Wireless Z, Dolby Atmos dan Live Caption. Berikut adalah senarai log perubahan penuh;

  • Sistem
    • Paparan ikon yang lebih baik
    • Gestur kembali lebih baik
    • Bullets Wireless Z kini diintengrasi dengan Dolby Atmos
    • Menambah fungsi double-tap pada kunci skrin dalam mod ambient display atau ketika skrin dimatikan
    • Menambah OnePlus Tips & Support di dalam tetapan. Boleh semak ciri baru, atau penyelesaian masalah peranti
    • Menambah fungsi Live Caption
    • Kemaskini tampalan sekuriti bulan Mac 2020
    • Pakej GMS dikemaskini kepada 2020.02
  • Kamera
    • Pengalaman menggunakan kamera dioptimasikan
    • Kesan animasi dioptimasikan dan pengalaman interaksi ditambah baik
    • Menambah ciri penuras video
  • Telefoni
    • Menambah nota info kenalan pada panggilan masuk
  • Network Updates
    • Mengaktifkan 5G dan VoWiFi untuk syarikat telekomunikasi luar negara
    • Prestasi transmisi data rangkaian bertambah stabil dan dioptimasikan
  • Pembantu Digital
    • Seru pembantu digital pilihan dengan tekan beberapa saat pada butang kuasa.

Walaupun peranti ini belum dijual, kelak apabila sudah boleh dibeli, pengguna boleh terus mulakan kemaskini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Siri OnePlus 8 Menerima Kemaskini Pertama Walaupun Masih Belum Dijual

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×