Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Siri Samsung Galaxy S20 – Ketahanan Bateri Sepanjang Hari Bersama Sokongan Perkongsian Nirwayar Berbalik

Siri Galaxy S20 merupakan salah satu telefon pintar kelas mercu yang baru dilancarkan oleh Samsung. Dibawah siri ini mempunyai 3 model kesemuanya, iaitu Samsung Galaxy S20, Galaxy S20+, dan juga Galaxy S20 Ultra 5G. Untuk pasaran Malaysia, telefon pintar ini dijual pada harga bermula RM3,599 hingga RM4,999.

Telefon pintar ini juga terkenal dengan kebolehan kameranya yang menyokong untuk membuat rakaman zum sehingga 100x. Selain daripada kebolehan kameranya, telefon pintar ini juga dibina dengan kapasiti bateri bermula sebesar 4000 mAh untuk Galaxy S20, 4500 mAh untuk Galaxy S20+, dan juga 5000 mAh untuk Galaxy S20 Ultra 5G. Dengan kapasiti bateri sebesar ini, ia membolehkan anda untuk menggunakan telefon pintar ini dengan tempoh masa yang lebih lama tanpa perlu mengecasnya sepanjang hari.

Kapasiti bateri sebesar ini dikatakan adalah disebabkan untuk menyokong prestasi rangkaian sambungan 5G yang terdapat pada siri Galaxy S20 ini dan juga paparan 120Hz. Namun, anda tidak perlu risau kerana bateri siri Galaxy S20 ini berupaya untuk beroperasi secara pintar. Telefon pintar ini akan mempelajari cara penggunaan anda dan melaraskannya secara pintar untuk meminimumkan penggunaan baterinya.

Samsung juga turut menyertakan fungsi Super Fast Charging yang mana ia mampu untuk membuat pengecasan penuh sepantas 30 minit. Ini sekaligus menjadikan telefon pintar ini bagus untuk anda yang sering bekerja diluar dan sukar untuk menunggu dalam tempoh masa yang lama hanya untuk membuat pengecasan.

Jika sebelum ini, prestasi kelajuan pengecasan pada kebanyakkan telefon pintar yang biasa akan menjadi lambat apabila anda menggunanya dalam satu masa yang sama. Namun, ia berbeza pada siri Galaxy S20 ini kerana kelajuan pengecasan telefon pintar ini tidak terjejas walaupun anda sedang menggunakannya ketika pengecasan dilakukan.

Bukan itu sahaja, siri Galaxy S20 ini juga dilancarkan dengan keupayaan untuk membuat pengecasan nirwayar berbalik. Melalui fungsi ini, ia membolehkan telefon pintar ini menjadi sumber kuasa kepada peranti-peranti lain yang menyokongnya. Kini, anda boleh mengecas Galaxy Buds, Galaxy Watch dan juga telefon pintar rakan anda dengan lebih mudah.

Jadi, dengan kapasiti bateri sebesar ini pada siri Galaxy S20, ia memudahkan lagi pergerakkan harian kita kerana tidak perlu bergantung kepada pengecas untuk sentiasa membuat pengecasan. Malah, ia juga memberi kita keselesaan dalam mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih maksimum dan mendalam, seperti menonton tayangan Netflix, mendengar lagu, bermain permua dan banyak lagi. Telefon pintar siri Galaxy S20 ini dipasarkan pada harga bermula RM3,599 untuk pasaran Malaysia. Jadi, sekiranya anda berminat, boleh membuat pembelian telefon pintar ini melalui laman rasmi Samsung atau pengedar-pengedar rasmi mereka.

Beli: Siri Galaxy S20 Melalui Laman Rasmi Samsung

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Siri Samsung Galaxy S20 – Ketahanan Bateri Sepanjang Hari Bersama Sokongan Perkongsian Nirwayar Berbalik

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×