Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Ditangguhkan Kerana Covid-19 – Pesta Buku Digital Malaysia Dianjurkan Sebagai Alternatif

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan salah satu acara tahunan yang sering dinantikan ramai, terutamanya untuk mendapatkan pelbagai buku-buku terbitan baru pada harga yang menarik. Walaubagaimanapun, untuk tahun 2020 ini, acara yang dijadualkan pada 27 Mac 2020 sehingga 5 April 2020 ini telah pun ditangguhkan disebabkan kebimbangan penularan Covid-19.

Sebagai alternatif untuknya, kini pihak e-Sentral yang sedia terkenal dengan penawaran buku digital telah mengumumkan mereka bakal menganjurkan Pesta Buku Digital Malaysia 2020.

Ia akan menjadi salah satu platform untuk penerbit buku terus menawarkan penerbitan terbaru mereka, sementara pengguna dan peminat buku boleh mendapatkan buku secara digital melaluinya.

Pesta Buku Digital ini akan diadakan antara 27 Mac sehingga 5 April 2020, dan dijangka menawarkan diskaun sehingga 70% untuk buku-buku digital terpilih. Pengguna boleh berkunjung ke laman rasmi E-Sentral, atau melalui aplikasi rasmi di Android dan iOS pada tempoh berkenaan untuk mengikuti pelbagai promosi yang ditawarkan.

Layari : E-Sentral



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Ditangguhkan Kerana Covid-19 – Pesta Buku Digital Malaysia Dianjurkan Sebagai Alternatif

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×