Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cip Pemprosesan Grafik RDNA 2 Oleh AMD Diumumkan – Akan Tiba Dengan Sokongan Ray-Tracing Secara Nyata

Sewaktu pembentangan kewangan AMD baru-baru ini, Dr. Lisa Su, CEO syarikat tersebut telah menunjukkan kepada para pemegang saham syarikat tersebut peta jalan masa hadapan AMD.

Beliau menunjukkan beberapa pelan untuk produk-produk yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan akan datang, dan diantara produk yang menarik minat ramai ialah pengumuman mengenai cip pemprosesan grafik RDNA 2 yang akan dilancarkan sekitar tahun ini.

Cip Grafik Rdna 2, ataupun Radeon DNA 2 masih akan dibina menggunakan proses 7nm, tetapi dengan beberapa perubahan yang dilaporkan akan memberikannya peningkatan dari segi purata harga-prestasi setinggi 50 peratus berbanding dengan model asal.

Diantara ciri-ciri baru yang akan hadir dengan cip grafik RDNA 2 ini termasuklah kebolehan ray-tracing secara nyata dan juga variable rate shading mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Microsoft melalui DirectX 12 dan lain-lain.

Ini cukup menarik dan mengesahkan beberapa ura-ura sebelum ini yang mengatakan bahawa konsol permainan Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series X akan hadir dengan prestasi berkuasa, sokongan untuk paparan beresolusi tinggi dan juga ciri ray-tracing secara nyata.

Menurut Lisa Su lagi, AMD akan memperkasakan pelbagai jenis komputer dan peranti daripada desktop, komputer riba, konsol permainan dan pelbagai jenis aplikasi virtualisasi yang lain. Walaupun begitu, buat masa ini tiada berita diberikan mengenai bilakah siri kad grafik dengan cip grafik RDNA 2 ini akan dilancarkan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Cip Pemprosesan Grafik RDNA 2 Oleh AMD Diumumkan – Akan Tiba Dengan Sokongan Ray-Tracing Secara Nyata

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×