Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jualan Tablet Melonjak Di China Akibat Wabak Koronavirus

Sudah lebih sebulan wabak Covid-19 melumpuhkan China sehingga angka korban melebihi 1000 orang. Bagi mengekang penyebaran virus SARS-CoV-2, kerajaan China menguatkuasakan perintah berkurung di beberapa daerah sehingga mengakibatkan penduduk terpaksa duduk di rumah sepanjang hari. Menurut laporan Digitimes, ini mengakibatkan jualan tablet meningkat di China.

Tablet digunakan oleh pekerja untuk melakukan tugasan di rumah kerana tidak dibenarkan ke pejabat. Ia turut digunakan oleh pelajar sekolah kerana pembelajaran kini dilakukan sepenuhnya secara atas talian. Akibat permintaan yang tinggi ini harga jualan tablet seperti iPad turut meningkat.

Harga jualan dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat kerana kilang-kilang yang menghasilkan tablet masih belum beroperasi pada kapasiti penuh. Kilang Foxconn misalnya dilaporkan masih beroperasi pada tahap 30% kapasiti berbanding sebelum penularan wabak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Jualan Tablet Melonjak Di China Akibat Wabak Koronavirus

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×