Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

ERL Kini Menyokong Pembayaran Menggunakan Touch ‘n Go eWallet

ERL atau Express Rail Link adalah salah satu pilihan pengangkutan awam di Malaysia. Sejak tahun 2011 lagi, ERL sudah menyokong pembayaran nirtunai – iaitu dengan menggunakan kad Touch ‘n Go. Kini dengan perkembangan teknologi dan pembayaran nirtunai yang lebih maju, atau digital – ERL kini Menyokong Pembayaran Menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Dengan pembayaran yang lebih mudah ini, perjalanan para pengguna berulang-alik dari atau ke KLIA/KLIA2 akan lebih lancar. Bukan itu sahaja, pihak Touch ‘n Go turut menawarkan diskaun 15% untuk tiket-tiket KLIA Express dan KLIA Transit. Tambahan mereka lagi, tawaran ini turut boleh didapati untuk sesetengah tambang KLIA Transit bagi warga emas, pelajar yang mempunyai KADS1M, atau juga orang kelainan upaya yang memiliki kad OKU. Promosi ini boleh didapati untuk pembelian tiket di kaunter mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2020.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

ERL Kini Menyokong Pembayaran Menggunakan Touch ‘n Go eWallet

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×