Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penggodam Mula Menggunakan Kerisauan Mengenai Koronavirus Untuk Menjangkiti Peranti Pengguna

Wabak Novel Coronavirus (nCov) kini sedang menular dengan teruk di beberapa negara di seluruh dunia, dan nampaknya virus tersebut sedang “menular” ke komputer-komputer pengguna pula.

Sekumpulan penggodam kini dilihat sedang menggunakan panik yang hadir akibat virus nCov ini untuk menggodam komputer-komputer pengguna di seluruh dunia yang mencari maklumat mengenai penyakit nCov ini.

Menurut laporan IBM X-Force dan juga Kaspersky, penggodam-penggodam ini akan menghantar emel dengan pautan yang kelihatan tidak berbahaya, tetapi akan memuat-turun perisian hasad ke komputer yang akan membenarkan penggodam-penggodam ini mencuri butiran persendirian pengguna.

Selain daripada pautan yang memuat turun perisian hasad, penggodam-penggodam ini juga akan menggunakan alamat emel palsu CDC (Center For Disease Control) untuk meminta derma melalui kriptowang Bitcoin yang tidak akan diminta oleh pihak CDC.

IBM X-Force dan Kaspersky memberi beberapa petua untuk mengurangkan kebarangkalian Komputer Dan Peranti-peranti anda dijangkiti perisian hasad:

  • Jangan klik pautan-pautan yang dihantar oleh alamat emel yang tidak dikenali
  • Gunakan pengesahan dwi-faktor apabila melog masuk ke laman-laman web yang dilawati
  • Sentiasa kemaskini komputer dan peranti anda dengan perisian terbaru
  • Gunakan perisian antivirus untuk mengurangkan risiko serangan perisian hasad pada komputer dan peranti anda.


This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Penggodam Mula Menggunakan Kerisauan Mengenai Koronavirus Untuk Menjangkiti Peranti Pengguna

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×