Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Uber Mengambil-Alih Perkhidmatan Seru-Pandu Careem Di Mesir – Tetapi Dengan Beberapa Syarat

Tags: uber careem harga

Beberapa bulan yang lalu kami ada melaporkan bahawa syarikat seru-pandu daripada Amerika Syarikat, Uber akan bergabung dengan Careem, sebuah perkhidmatan sama dari Timur Tengah.

Terkini, kerajaan Mesir telah mengesahkan pengambil-alihan Careem oleh Uber untuk Harga $2.75 bilion kini boleh diteruskan, tetapi pengambil-alihan tersebut hadir dengan beberapa syarat yang perlu dituruti oleh Uber.

Syarat-syarat tersebut termasuklah:

  • Sebarang kenaikan harga perlu disetujui oleh Egyptian Competition Authority (ECA)
  • Surge pricing, ataupun kenaikan harga sementara hanya boleh naik sehingga 2.5 kali harga asal
  • Uber tidak boleh menaikkan kadar komisen yang diambil dari pemandu lebih tinggi daripada kadar semasa
  • Pesaing boleh mendapatkan data pemetaan dan pengguna daripada aplikasi Uber dan Careem selepas mendapat kebenaran pengguna

Keputusan ini dipersetujui oleh semua pihak apabila pihak ECA mengkaji 270 juta data perjalanan tempatan dan antarabangsa Careem dan Uber.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Uber Mengambil-Alih Perkhidmatan Seru-Pandu Careem Di Mesir – Tetapi Dengan Beberapa Syarat

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×