Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Paparan Gaming ASUS TUF Gaming VG279QM Dengan Kadar Segar Semula 280Hz Diperlihatkan – Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Pada Tahun Hadapan

ASUS ialah sebuah jenama teknologi yang terkenal untuk siri komputer desktop, komputer riba dan pelbagai aksesori-aksesori gaming yang lain. Terkini, melalui siri The Ultimate Force mereka, ASUS telah memperkenalkan paparan skrin dengan Kadar Segar Semula 280Hz pertama mereka yang dinamakan ASUS TUF Gaming VG279QM.

Paparan VG279QM ini hadir dengan skrin bersaiz 27 inci, yang dibina menggunakan panel IPS dan mempunyai resolusi Full HD 1920×1080 pixel. Disamping kadar  segar semula 280Hz, paparan ini juga mempunyai masa pendam (response time) GTG serendah 1ms sahaja.

Selain daripada itu, paparan VG279M ini juga mempunyai sudut pandangan selebar 178 darjah, dan hadir dengan pengesahan HDR400 dan menyokong teknologi kadar segar semula boleh-ubah NVIDIA G-SYNC.

Dari segi sokongan palam, ia dilengkapi dengan satu palam DisplayPort 1.2 dan dua palam HDMI. Buat masa ini, harga paparan Asus Tuf Gaming VG279QM ini tidak diketahui lagi, tetapi menurut laporan daripada Lowyat.Net, ia akan memasuki pasaran tempatan pada awal tahun hadapan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Paparan Gaming ASUS TUF Gaming VG279QM Dengan Kadar Segar Semula 280Hz Diperlihatkan – Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Pada Tahun Hadapan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×