Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Celcom First Platinum Akan Dilancarkan Esok – RM150 Untuk 18GB Data, Panggilan Tanpa Had, Perkhidmatan Premium

Celcom telah sedia memperkenalkan Pelan First Gold sebelum ini yang menawarkan pelan Panggilan Tanpa had dan dengan data sehingga 10GB (5GB + 5GB). Kini, untuk mereka yang inginkan lebih banyak data, Celcom bakal memperkenalkan pakej dan pelan baru yang dinamakan sebagai Celcom First Platinum.

Celcom First Platinum ini menawarkan data sehingga 18GB pada talian mudah-alih, iaitu 9GB data untuk kegunaan harian, dan 9GB data untuk digunakan pada penghujung minggu.

Disamping itu, pihak Celcom turut menyediakan akses percuma untuk setahun kepada aplikasi seperti Yonder Music, iFlix dan juga Zipit Chat.

Celcom First Platinum juga turut menawarkan panggilan tanpa had serta SMS tanpa had untuk semua talian. Pelanggan Celcom First Platinum turut berpeluang menggunakan pelan perayauan baru RM138 untuk seminggu bagi 3GB data, serta panggilan tanpa had.

Pelanggan Celcom First Platinum juga akan boleh mendapat akses kepada Malaysia Airlines Golden Lounge Passes secara percuma. Beberapa ganjaran yang lain yang disediakan termasuk khidmat pelanggan tersendiri, penawaran nombor premium yang lebih baik, dan tempoh bayaran sehingga 45 hari berbanding sebulan kebiasaannya.

Seperti pelan Celcom yang lain, pengguna turut akan diberikan data percuma 9GB melalui Celcom Wifi, selain pengguna boleh membawa data yang tidak digunakan sebanyak 9GB ke bulan hadapan.

Celcom telah mula menghantar SMS kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mempromosikan pelan dengan bayaran bulanan RM150 ini. Daripada pertanyaan kami, pelan ini akan mula ditawarkan melalui BlueCube dan pengedar rasmi Celcom seluruh negara bermula esok – 15 April 2016.


[Sumber : Pakar Internet UKM, Faizal]


This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Celcom First Platinum Akan Dilancarkan Esok – RM150 Untuk 18GB Data, Panggilan Tanpa Had, Perkhidmatan Premium

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×