Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

HP Menolak Bidaan Pembelian Oleh Xerox Buat Masa Ini

Pada minggu lalu, kami telah melaporkan bahawa syarikat teknologi pencetakan daripada Jepun, iaitu Xerox telah membida untuk membeli syarikat teknologi terkemuka HP.

Xerox dilaporkan ingin mengambil-alih syarikat tersebut, yang dinilaikan pada $27 bilion untuk $22 setiap saham. Menurut pihak HP, mereka menolak bidaan Xerox untuk masa ini, kerana beberapa faktor. Pertama ialah pada bidaan pembelian pada $22 setiap saham, nilai tersebut adalah terlalu rendah.

Kedua ialah lembaga pengarah HP tidak begitu pasti mengenai kebolehan Xerox untuk membeli syarikat tersebut, dan ini adalah kerana nilai Xerox jauh lebih rendah berbanding dengan HP.

Kenyataan pihak HP juga mengatakan bahawa Buat Masa Ini, mereka tidak begitu risau mengenai isu jual-beli syarikat tersebut, dan bersedia untuk menerima bidaan yang lebih tinggi daripada pihak-pihak lain.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

HP Menolak Bidaan Pembelian Oleh Xerox Buat Masa Ini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×