Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kegagalan Sistem KLIA Berpunca Daripada Kelemahan Dari Dalam, Tiada Bukti Serangan Siber – Anthony Loke

Beberapa minggu yang lalu, lapangan-lapangan terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan KLIA 2 berhadapan dengan masalah yang cukup serius dimana sistem-sistem digital kedua-dua Lapangan Terbang Tersebut lumpuh akibat masalah sistem IT yang berlanjutan.

Terdapat banyak ura-ura dan teori mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam beberapa hari tersebut, dan banyak daripadanya berpihak kepada serangan godaman dan perisian tebusan (ransomware).

Hari ini, apabila ditanya mengenai insiden tersebut, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengatakan bahawa kegagalan sistem kedua-dua lapangan tersebut adalah akibat kegagalan Rangkaian Suis Teras (Network Core Switch) yang tidak pernah ditukar sejak KLIA beroperasi pada tahun 1998.

Menurut beliau lagi, Suis Teras Ini ialah suis utama yang menyambungkan kesemua sistem-sistem didalam lapangan terbang ini, dan apabila suis teras ini gagal beroperasi, ia memberi kesan kepada semua sistem digital pada kedua-dua lapangan terbang tersebut.

Pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) turut dilaporkan masih sedang menyiasat kerugian yang perlu ditanggung oleh kegagalan sistem tersebut, manakala pihak polis sedang mengenalpasti jika terdapat sebarang unsur khianat atau godaman.

Buat masa ini, masih tiada sesiapa yang didakwa mengenai insiden yang berlaku tersebut.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kegagalan Sistem KLIA Berpunca Daripada Kelemahan Dari Dalam, Tiada Bukti Serangan Siber – Anthony Loke

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×