Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Mi CC9 Pro Dengan Kamera 108MP Dan Sokongan Zum Optikal 5x Bakal Dilancarkan Pada 5 November

Xiaomi agak aktif dalam pengenalan sejumlah peranti menarik sepanjang tahun ini. Terbaru, kini pengeluar dari China berkenaan telah mula mengacah kehadiran sebuah lagi Telefon Pintar baru tidak lama lagi, iaitu Mi CC9 Pro.

Xiaomi Mi CC9 Pro ini bakal menjadi telefon pintar pertama yang dipasarkan dengan sensor kamera 108MP – sekaligus mendahului pelbagai pengeluar lain. Xiaomi bakal menggunakan sensor kamera daripada Samsung pada peranti ini.

Telefon ini juga dilihat menyertakan lima sensor kamera pada bahagian belakang, selain mana turut dilihat bakal menawarkan Sokongan Zum Optikal sehingga 5x melaluinya. Kamera belakang peranti ini juga turut menyertakan dwi lampu LED Flash.

Buat masa ini, info penuh berkenaan Telefon Pintar Ini masih tidak diketahui lagi. Xiaomi menjadualkan tarikh 5 November ini untuk pelancaran telefon pintar ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Mi CC9 Pro Dengan Kamera 108MP Dan Sokongan Zum Optikal 5x Bakal Dilancarkan Pada 5 November

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×