Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Berkongsi Perancangan 10 Tahun – Fokus Terhadap Perhubungan, AI, VR/AR

Agak jarang kita melihat syarikat teknologi berkongsi perancangan jangka-masa panjang untuk syarikat Mereka. Terkini, pada F8, Mark Zuckerberg secara terbuka berkongsi mengenai perancangan mereka untuk tempoh 10 Tahun Akan Datang, yang mana dilihat ingin membolehkan lebih ramai berhubung antara satu sama lain.

Mark Zucerkberg mengatakan dalam tempoh 10 tahun akan datang, pihak Facebook akan memfokuskan kepada tiga arena, iaitu perhubungan, kecerdasan buatan dan juga arena realiti-maya.

Facebook sebelum ini sedia memfokuskan untuk membolehkan lebih ramai berhubung ke internet melalui inisiatif Internet.org. Pada hari ini, Mark Zuckerberg secara ringkas memperlihatkan kapal yang sedang dibangunkan oleh mereka yang akan digunakan untuk memancar internet ke kawasan pedalaman dan negara-negara membangun. Ini, sekaligus akan membolehkan lebih ramai yang dapat mengakses internet dan menggunakannya untuk berkomunikasi antara satu sama lain, atau mendapatkan lebih maklumat berkaitan sesuatu perkara.

Selain untuk menghubungkan lebih ramai pengguna baru ke arena internet, Mark Zuckerberg turut mengatakan mereka akan memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan – membolehkan pelbagai tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas – terutamanya seperti pengiraan algoritma untuk eksplorasi angkasa, dan beberapa tugasan lain. Facebook sendiri telah sedia menyertakan beberapa sokongan pintar pada platform mereka – sebagai contoh dalam terjemahan gambar. Mereka juga mengumumkan sokongan bot pada Messenger hari ini yang boleh dilihat sebahagian daripada sasaran mereka untuk arena kecerdasan pintar ini.

Dan arena akhir yang dilihat oleh Mark Zuckerberg adalah untuk realiti-maya. Mereka sedia memiliki Oculus Rift, selain kerjasama dengan Samsung untuk Gear VR. Lebih banyak kandungan dijangka akan dibangunkan, malah Mark Zuckerberg turut memperlihatkan konsep dimana dua pengguna boleh berinteraksi dan bermain seperti berada dihadapan, tetapi menggunakan sokongan realiti-maya ini. Ini turut dijangka membawa interaksi sosial setapak kehadapan lagi.

Pada masa yang sama, Mark Zuckerberg turut mengambil peluang, mengatakan dalam tempoh 10 tahun akan datang, mereka menyasarkan set realiti-maya gabungan AR akan lebih seperti kaca mata dan bukannya seperti set hari ini. Dan dengan set tersebut yang akan lebih kerap dipakai di kepala, tidak mustahil untuk kita melihat saluran televisyen menawarkan aplikasi mereka untuknya bagi membolehkan pengguna mengikuti siaran – dan bukannya penonton menonton melalui kaca televisyen seperti pada hari ini.

Tempoh 10 tahun boleh dikatakan tempoh yang sangat lama dalam arena teknologi, dan pelbagai perubahan dijangka akan hadir menjelang tempoh tersebut. Facebook sendiri seperti laman sosial dan perkhidmatan identiti terkemuka dunia boleh dikatakan perlu terus berevolusi dalam memastikan pengguna kekal menggunakan perkhidmatan mereka dan tidak tewas dengan pelbagai pesaing baru dipasaran.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Berkongsi Perancangan 10 Tahun – Fokus Terhadap Perhubungan, AI, VR/AR

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×