Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pos Malaysia Mengesahkan Mereka Diserang Penggodam Beberapa Hari Lalu

Pada hari Ahad, 20 Oktober yang lalu, terdapat beberapa laporan yang keluar mengenai serangan godaman menggunakan perisian hasad terhadap Pos Malaysia.

Tiada butiran yang diketahui mengenai serangan tersebut, kecuali tentang sistem-sistem atas talian syarikat tersebut telah diturunkan.

Menurut kenyataan di laman Facebook Pos Malaysia, Mereka mengesahkan bahawa terdapat percubaan godaman yang dibuat pada hari tersebut, sewaktu mereka sedang menjalankan tugasan mengemaskini dan penaiktarafan sistem-sistem mereka.

Penutupan beberapa perkhidmatan atas talian Pos Malaysia pula perlu dilakukan kerana mereka khuatir penggodam akan mendapatkan akses kepada maklumat-maklumat sulit daripada pengkalan data mereka.

Menurut kenyataan tersebut juga, Pos Malaysia memberi jaminan bahawa maklumat peribadi pengguna dan para pekerja mereka dilindungi. Sama ada ada sebarang ketirisan berlaku sewaktu cubaan godaman tersebut tidak diketahui.

Selepas membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut, pakar-pakar keselamatan digital telah dikerah untuk membantu Pos Malaysia untuk memantapkan lagi sistem digital dan Atas Talian Mereka.

Pihak Pos Malaysia juga mengatakan bahawa pada hari ini, mereka telah menaikkan semula beberapa perkhidmatan atas talian mereka, dan perkhidmatan-perkhidmatan utama mereka kini berjalan seperti lancar.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pos Malaysia Mengesahkan Mereka Diserang Penggodam Beberapa Hari Lalu

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×