Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Peranti Pixel Lama Tidak Akan Menerima Fungsi Live HDR+ Dan Dual Exposure Controls

Pada pelancaran peranti Pixel 4, Google memberikan masa yang lama untuk pembentangan teknologi yang digunakan pada aplikasi kamera. Antara fungsi menarik yang diperlihatkan ialah Live HDR+ dan Dua Exposure Control. Menerusi dua fungsi ini, pemilik Pixel 4 boleh melihat gambar yang akan diambil sebelum butang kamera ditekan.

Tetapi Google telah mengesahkan menerusi ciapan mereka bahawa kedua-dua fungsi ini tidak akan disokong pada Peranti Pixel model terdahulu. Besar kemungkinan adalah kerana kedua-duanya memerlukan cip Pixel Neural Core baharu yang hanya wujud pada Pixel 4. Peranti Pixel 3 misalnya hanya dilengkapi cip Pixel Visual Core.

Masih ada berita baik bagi pemilik Pixel lama kerana fungsi astografi akan diterima menerusi kemas kini. Seperti kami laporkan pagi ini, Pixel 4 pada waktu ini berada di tangga ke-lapan dengan kemampuan fotografi terbaik menurut laman DXOMark.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Peranti Pixel Lama Tidak Akan Menerima Fungsi Live HDR+ Dan Dual Exposure Controls

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×