Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Oppo Enco Q1 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Fon Telinga Nirwayar Pembatalan Hingar Aktif Berharga RM599

Jika Huawei, Vivo dan Xiaomi sibuk menghasilkan set fon telinga nirwayar sebenar (TWS) seakan Apple AirPods – Oppo pula mempunyai strategi lain. Hari ini bersama-sama dengan pelancaran rasmi Oppo Reno2 di Malaysia, Oppo Enco Q1 turut dilancarkan secara rasmi. Ia adalah set fon telinga nirwayar jenis neckband.

Oppo Enco Q1 (Q bermaksud “Quiet”) adalah set fon telinga nirwayar neckband dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Ia mempunyai rekaan yang sedikit unik, bahan binaan yang premium dan menyokong USB-C. Kualiti audio adalah baik, dengan bass yang lebih dalam dan sokongan 3D Surround Digital. Sayangnya, tiada sokongan kawalan gestur – tetapi hanya kawalan berasaskan butang-butang fizikal.

Fungsi pembatalan hingar aktif pada Enco Q1 ini adalah jenis hibrid (ANC) serta menawarkan sokongan ENC untuk pengurangan bunyi hingar digital dalam usaha memberikan keselesaan dan melindungi telinga pengguna.

Dari segi penawaran, Oppo Enco Q1 hadir dengan bateri 160mAh yang boleh dicas pantas selama 10 minit untuk penggunaan selama 2 jam. Untuk pengecasan penuh, ia menjanjikan masa mendengar muzik sehingga 15 jam lamanya dengan ciri pembatalan hingar aktif. Ciri lain yang turut disertakan adalah sokongan kalis air IPX4 pada fon telinga ini.

Di Malaysia, Oppo Enco Q1 ditawarkan pada harga RM599.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Oppo Enco Q1 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Fon Telinga Nirwayar Pembatalan Hingar Aktif Berharga RM599

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×