Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Aftershokz Melancarkan Xtrainerz & Aeropex Secara Rasmi Di Malaysia – Set Fon Telinga Nirwayar Aliran Tulang

Aftershokz Adalah syarikat yang menghasilkan  set fon telinga jenis aliran tulang. Audio dialirkan dari tulang pipi, terus ke dalam telinga tanpa perlu menutup telinga. Dua hari lepas, kementerian kesihatan menasihatkan yang kita perlu kurangkan penggunaan set fon telinga, lebih-lebih lagi jenis earbuds. Jadi aksesori audio dari Aftershokz ini mungkin adalah pengganti yang terbaik.

Hari ini, Aftershokz Malaysia telah melancarkan dua set fon telinga nirwayar aliran tulang baharu mereka. Ia adalah Xtrainerz dan Aeropex. Untuk mengelakkan audio tertiris, mereka menggunakan teknologi LeakSlayer.

Xtrainerz adalah variasi yang paling murah yang baru. Ia menggunakan sistem audio PremiumPitch 2 Stereo Sound dengan bass yang lebih baik dsn sistem suara stereo dinamik. Bateri adalah 183mAh dengan ketahanan selama 8 jam. Perlindungan kalis air adalah IP68 dan yang paling unik, ia tiada sokongan Bluetooth. Pengguna perlu sambungkan ke PC/Mac dan masukkan sendiri fail MP3 ke storan dalaman bersaiz 4GB. Menurut Aftershokz, ia mampu menyimpan sehingga 1200 MP3.

Aeropex pula adalah variasi premium mereka. Ia adalah lebih mahal dan mempunyai sokongan Bluetooth. Jadi muzik boleh dimainkan terus dari peranti seperti Spotify, Tidal atau Apple Music. Membezakan Aeropex dan Xtrainerz adalah, getaran yang mengalirkan audio adalah lebih bagus dan tidak geli atau menjengkelkan. Bateri adalah 145mAh dengan ketahanan 8 jam juga. Audio juga adalah lebih baik dan mempunyai sistem mengelakkan audio tertiris keluar yang lebih baik. Kalis air hanyalah IP67 tetapi lain-lain seperti bahan binaan adalah sama.

Kedua-dua Xtrainerz dan Aeropex boleh dibawa masuk ke dalam air dan mendengar muzik sambil berenang, tanpa sebarang masalah. Sedikit mengecewakan adalah, kedua-dua set fon telinga ini menggunakan sambungan pengecasan yang berbeza.

Xtrainerz dijual pada harga RM699 dan pengguna boleh memilih warna Black Diamond, Ruby Red, Aquamarine dan Sapphire Blue. Manakala, Aeropex pula dijual pada harga RM739 dengan pilihan warna Lunar Grey, Cosmic Black, Blue Eclipse dan Solar Red. Apakah pendapat anda? Ianya unik dan lebih “sihat”, adakah anda akan membelinya?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Aftershokz Melancarkan Xtrainerz & Aeropex Secara Rasmi Di Malaysia – Set Fon Telinga Nirwayar Aliran Tulang

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×