Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Netflix Menawarkan Tontonan Episod Pertama Siri Secara Percuma Di India

2019 ialah tahun yang mencabar bagi Netflix. Dominasi mereka di arena penstriman video berbayar akan akhirnya dicabar dua kuasa besar Apple dan Disney dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Mereka berbelanja besar menerbitkan siri kandungan asli terutamanya untuk pengguna di Asia. Di India, mereka mula memberikan tontonan Episod Pertama Siri asli secara percuma kepada mereka yang berminat.

Episod pertama siri terbaru mereka Bard of Blood boleh distrim menerusi pelayar web dan aplikasi Android. Siri ini amat dinantikan di India kerana ia diterbitkan oleh syarikat produksi Red Chillies Entertainment milik Shah Rukh Khan. Netflix meminjam strategi memberikan episod pertama secara percuma dari pesaing mereka ALTBalaji.

Netflix melakukan beberapa penawaran eksklusif di India tahun ini. Antara yang paling menarik ialah pelan khusus untuk Peranti Mudah Alih yang membenarkan satu pengguna sahaja pada peranti mudah alih dan kandungan dihadkan pada resolusi SD. Walaupun pelan yang sama diuji di Malaysia, sehingga kini ia masih belum ditawarkan kepada pengguna tempatan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Netflix Menawarkan Tontonan Episod Pertama Siri Secara Percuma Di India

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×