Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Vivo V17 Pro Dilancarkan Dengan Enam Kamera – 4 Dibelakang, 2 Dihadapan

Vivo telah pun mengacah pengenalan Vivo V17 Pro untuk pasaran Malaysia pada awal bulan hadapan. Terlebih dahulu daripada penawaran rasmi peranti berkenaan di Malaysia, kini pihak Vivo telah pun melancarkan Vivo V17 Pro secara rasminya di India.

Vivo V17 Pro hadir dengan skrin 6.44-inci Super AMOLED yang turut menyertakan pengimbas cari jari padanya. Peranti Ini Turut menyertakan rekaan tanpa takuk, dan kamera swafoto diletakkan pada bahagian pop-naik.

Vivo menggunakan dwi-kamera swafoto pada pop-naik, yang mengabungkan sensor utama 32MP dan 8-megapixel untuk ultra lebar.

Pada bahagian belakang pula, Vivo menyertakan empat kamera belakang, iaitu kamera utama 48MP + 13MP (telefoto) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (depth).

Dari segi spesifikasi lain, Vivo V17 Pro menyertakan cip Snapdragon 675, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 128GB, dan dilengkapi bateri 4100mAh. Peranti ini turut mengekalkan penggunaan bicu-audio 3.5mm, selain menggunakan sambungan berasaskan USB-C untuk pengecasan.

Di India, ia ditawarkan pada harga bermula INR29990 iaitu sekitar RM1760.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Vivo V17 Pro Dilancarkan Dengan Enam Kamera – 4 Dibelakang, 2 Dihadapan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×